Maaf..memang betul kadang-kadang sangat susah untuk kita memaafkan orang yang telah berbuat salah dengan kita. Kita berasa sakit hati, terluka hati sebab diguris dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Kadang-kadang mereka tidak pernah merasakan diri mereka bersalah sebab kita hanya berdiam sahaja. Namun kena ingat diam tidak semestinya seseorang itu tidak marah ataupun terluka. Benar luka di luar kita akan nampak darah dan kesannya. tetapi luka di dalam hati tiada siapa yang tahu melainkan yang Satu. Kita tidak tahu bila akan sembuh dan parutnya tidak akan hilang kerana kita sentiasa ingat apa jua tindakan yang dilakukan kepada diri kita.
Aku kongsikan sebuah kisah kepada anda, bagaimana rakan baik sendiri sanggup melukakan hati rakannya dek kerana terlalu mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang dia menipu dan akan ada sahaja yang di lakukan sehingga hati seorang teman ini terluka, tanpa disedarinya. Kasihan bukan, tapi apakan daya kerana kasih seorang teman, dia hanya berdiam dan membuat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi aku yakin tahap kesabaran orang ini pun ada batasnya. Cuma aku berdoa tidak akan meletup seperti bom yang meletup di Nagasaki dan Hiroshima. Aku ingat lagi apabila teman ini menelefon rakan baiknya ini, tidak di sambut panggilannya. Kalau sibuk sekali pun jawab dan bercakaplah dengan benar. Tetapi kawan ini tetap seorang yang penyabar. Aku berharap suatu hari nanti dai akan berjumpa dengan sahabat yang benar-benar sejati, dan aku yakin juga kawan ini seorang yang sangat penyabar serta seorang yang pemaaf. Andai aku berjumpa dengan sahabat seperti ini akan aku hargai sehinggalah hembusan nafas yang terakhir.
p/s doakan sahaja untuk kawan ini semoga berubah menjadi yang lebih baik dan lebih menghargai, doakan untuk diri sendiri untuk belajar memaafkan dan dijauhkan dengan perasaan benci dan dendam. Amen...