Tuesday, October 11, 2011

Sahabat !!!!




Saya terbaca sebenarnya beberapa ayat ini dari sebuah blog.....ayatnya berbunyi begini: Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seseorang kekasih yang tidak jujur. Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan BERAKHIR, tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh KEKAL. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..

Ada betulnya jika kita hayati semula ayat diatas, sebab aku sendiri mempunyai "SAHABAT" yang akhirnya lupa diri seketika tetapi bila waktu susah mulalah untuk dia mencari semula. Aku memang geram dan meluap-luap kemarahan. Tapi inilah juga kuasa Tuhan dan kuasa sebuah persahabatan, tetap mahu membantu semula. (adakah itu bermakna aku seorang sahabat yang baik?). Lepas dah habis kesusahan dia akan mulai hilang semula...marahlah aku semula..(hahahaha). Tak serik juga member aku nie...Aduhai inilah dunia....


p/s kalo aku dah marah..erms sapa-sapa yang pernah tengok aku marah, fahamlah tue

Monday, October 3, 2011

Cinta "Munyit"

Wah, kalau kita tengok sahaja tajuk..mungkin macam-macam yang sudah bermain dalam minda kita. Sejauh mana pendapat anda mengenai cinta monyet ini? Persoalan yang mengundang beribu-ribu jawapan. Hasil dari penyelidikan aku sendiri selama 4 tahun, (wah lama juga aku buat kajian tidak formal ni). hasil perbualan dengan orang-orang sekeliling aku, majoriti mengatakan remaja sekarang (lebih mefokuskan kepada pelajar sekolah menengah) TIDAK wajar untuk bercinta. Kenapa? Jawapan mereka begini :

Mempunyai komitmen yang lebih berat berbanding cinta monyet :-maksudnya fokus kepada pelajaran. Fikir balik betul juga, pelajaran jaminan masa depan, adaker orang nak kawin dengan orang yang takde pelajaran sekarang??



Menghabiskan duit ibubapa jer. Kenapa? Nak berSMS pun masih minta duit mak bapak nak beli reload, nak gi dating kat restoran pun duit mak bapak. Jangan membazir dik, hargailah duit ibubapa dengan sebaiknya. Nak cari duit kena keja dik! Tak kesian mak ayah pagi petang keja ker???




Yang ini ganas sikit, boleh ker kawan aku jawab, "apsal diorang dah ada harta, ada rumah, ada keta dah ker? awat nak bercinta lulus SPM pun dok lagi" Fikir balik betul juga apa dia cakap tue, makan pun masih ibubapa tanggung.



Cinta monyet ini membawa kepada sesuatu yang negatif, contohnya mengandung anak luar nikah. Bertambahlah populasi pusat serenti, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya. Kira perkataan senang maksiatlah.



Yang terakhir, kerana cinta monyet, persahabatan dengan sahabat menjadi semakin renggang. Pun betul juga cinta monyet takkan ke mana pun, tetapi persahabatan pasti akan berkekalan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Jadi hargailah sahabat anda selagi dia masih di sisi anda.



p/s Erms anda pula bagaimana?? Mungkin zaman nenek moyang bolehlah kata YA! Tepuk dada tanya selera wahai orang yang baru setahun jagung.