Tuesday, October 11, 2011

Sahabat !!!!




Saya terbaca sebenarnya beberapa ayat ini dari sebuah blog.....ayatnya berbunyi begini: Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seseorang kekasih yang tidak jujur. Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan BERAKHIR, tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh KEKAL. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..

Ada betulnya jika kita hayati semula ayat diatas, sebab aku sendiri mempunyai "SAHABAT" yang akhirnya lupa diri seketika tetapi bila waktu susah mulalah untuk dia mencari semula. Aku memang geram dan meluap-luap kemarahan. Tapi inilah juga kuasa Tuhan dan kuasa sebuah persahabatan, tetap mahu membantu semula. (adakah itu bermakna aku seorang sahabat yang baik?). Lepas dah habis kesusahan dia akan mulai hilang semula...marahlah aku semula..(hahahaha). Tak serik juga member aku nie...Aduhai inilah dunia....


p/s kalo aku dah marah..erms sapa-sapa yang pernah tengok aku marah, fahamlah tue

No comments:

Post a Comment