Tuesday, January 11, 2011

Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar Kembali


Kalau kita ingin becerita tentang zaman persekolahan, macam-macam cerita yang kita boleh dengar. Bagi aku, zaman persekolahan adalah zaman yang menyeronokkan, kata seorang pensyarahku andai boleh ku undurkan masa, aku tidak akan mempersiakan zaman persekolahan. Sangat seronok ketika itu. Aku adalah antara pelajar yang sangat bersemangat pada ketika itu (terutama sekali ketika di SMK Gunsanad Keningau, Sabah) . Pelbagai aktiviti, pelbagai cerita, pelbagai perbualan yang akhirnya akan mengundang gelak ketawa. Rindu akan saat-saat tersebut. Namun hari ini, aku yakin kawan-kawanku sudah sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing. Mungkin jika diberikan waktu, dipanjangkan umur kita pasti bersua kembali. Kini sudah hampir 6 bulan aku bergelar sebagai seorang pelajar kembali, namun situasi sudah berubah. Namun aku punya kawan-kawan yang baru dari seluruh Malaysia dan aku wakil tunggal pelajar Sabah didalam kelas tersebut. Apakah perasaan ku?

p/s kengkawan sekelas ahmad mustakimi, azhan, ezatul aini, hidayathul, izzuardi, suhaimy, zahimurhakim, tarmizi, noraini, norazlinda, norhafisah, marini, siti rodziah.

No comments:

Post a Comment