Monday, November 28, 2011

Rekoleksi di Gereja St Patrick Membakut, Sabah







Keputusan untuk mengikuti kem berbentuk kerohanian akhirnya meninggalkan seribu kenangan. Perjalanan ke Membakut dengan diiringi kabus yang tebal membuat hati teruja dengan ditemani tiga orang kawan yang aku kira sekepala dengan aku. Terima kasih buat Tony Jauseh, Cornelius Patrick dan Elloyner Luting. Apa yang aku dapat (input) akan aku kongsikan dengan kengkawan yang berada di Keningau dan akan diterjemahkan dalam bentuk perbuatan..(kihkihkihkih aku cuba yer) hahahaha...
Aku juga dapat berkenalan dengan beberapa orang rakan baru..Seronok rasanya dapat bertukar-tukar pendapat. Yang pastinya Sharing Is Caring!



p/s cuti diisi dengan perkara yang berfaedah.. tapi bila buat kerja yang lain pergh punya aku malas (tinggalkan seketika kerja yang menimbum yang perlu diselesaikan sebelum berakhir cuti sekolah)

Tuesday, October 11, 2011

Sahabat !!!!




Saya terbaca sebenarnya beberapa ayat ini dari sebuah blog.....ayatnya berbunyi begini: Sahabat yang baik adalah lebih baik daripada seseorang kekasih yang tidak jujur. Ini kerana persahabatan yang unggul lebih baik daripada percintaan. Tanpa persahabatan, PERCINTAAN akan BERAKHIR, tetapi tanpa percintaan, PERSAHABATAN boleh KEKAL. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin. Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi..

Ada betulnya jika kita hayati semula ayat diatas, sebab aku sendiri mempunyai "SAHABAT" yang akhirnya lupa diri seketika tetapi bila waktu susah mulalah untuk dia mencari semula. Aku memang geram dan meluap-luap kemarahan. Tapi inilah juga kuasa Tuhan dan kuasa sebuah persahabatan, tetap mahu membantu semula. (adakah itu bermakna aku seorang sahabat yang baik?). Lepas dah habis kesusahan dia akan mulai hilang semula...marahlah aku semula..(hahahaha). Tak serik juga member aku nie...Aduhai inilah dunia....


p/s kalo aku dah marah..erms sapa-sapa yang pernah tengok aku marah, fahamlah tue

Monday, October 3, 2011

Cinta "Munyit"

Wah, kalau kita tengok sahaja tajuk..mungkin macam-macam yang sudah bermain dalam minda kita. Sejauh mana pendapat anda mengenai cinta monyet ini? Persoalan yang mengundang beribu-ribu jawapan. Hasil dari penyelidikan aku sendiri selama 4 tahun, (wah lama juga aku buat kajian tidak formal ni). hasil perbualan dengan orang-orang sekeliling aku, majoriti mengatakan remaja sekarang (lebih mefokuskan kepada pelajar sekolah menengah) TIDAK wajar untuk bercinta. Kenapa? Jawapan mereka begini :

Mempunyai komitmen yang lebih berat berbanding cinta monyet :-maksudnya fokus kepada pelajaran. Fikir balik betul juga, pelajaran jaminan masa depan, adaker orang nak kawin dengan orang yang takde pelajaran sekarang??



Menghabiskan duit ibubapa jer. Kenapa? Nak berSMS pun masih minta duit mak bapak nak beli reload, nak gi dating kat restoran pun duit mak bapak. Jangan membazir dik, hargailah duit ibubapa dengan sebaiknya. Nak cari duit kena keja dik! Tak kesian mak ayah pagi petang keja ker???




Yang ini ganas sikit, boleh ker kawan aku jawab, "apsal diorang dah ada harta, ada rumah, ada keta dah ker? awat nak bercinta lulus SPM pun dok lagi" Fikir balik betul juga apa dia cakap tue, makan pun masih ibubapa tanggung.



Cinta monyet ini membawa kepada sesuatu yang negatif, contohnya mengandung anak luar nikah. Bertambahlah populasi pusat serenti, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya. Kira perkataan senang maksiatlah.



Yang terakhir, kerana cinta monyet, persahabatan dengan sahabat menjadi semakin renggang. Pun betul juga cinta monyet takkan ke mana pun, tetapi persahabatan pasti akan berkekalan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Jadi hargailah sahabat anda selagi dia masih di sisi anda.



p/s Erms anda pula bagaimana?? Mungkin zaman nenek moyang bolehlah kata YA! Tepuk dada tanya selera wahai orang yang baru setahun jagung.

Saturday, September 10, 2011

Maaf ah!

Maaf..memang betul kadang-kadang sangat susah untuk kita memaafkan orang yang telah berbuat salah dengan kita. Kita berasa sakit hati, terluka hati sebab diguris dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita. Kadang-kadang mereka tidak pernah merasakan diri mereka bersalah sebab kita hanya berdiam sahaja. Namun kena ingat diam tidak semestinya seseorang itu tidak marah ataupun terluka. Benar luka di luar kita akan nampak darah dan kesannya. tetapi luka di dalam hati tiada siapa yang tahu melainkan yang Satu. Kita tidak tahu bila akan sembuh dan parutnya tidak akan hilang kerana kita sentiasa ingat apa jua tindakan yang dilakukan kepada diri kita.


Aku kongsikan sebuah kisah kepada anda, bagaimana rakan baik sendiri sanggup melukakan hati rakannya dek kerana terlalu mementingkan diri sendiri. Kadang-kadang dia menipu dan akan ada sahaja yang di lakukan sehingga hati seorang teman ini terluka, tanpa disedarinya. Kasihan bukan, tapi apakan daya kerana kasih seorang teman, dia hanya berdiam dan membuat seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi aku yakin tahap kesabaran orang ini pun ada batasnya. Cuma aku berdoa tidak akan meletup seperti bom yang meletup di Nagasaki dan Hiroshima. Aku ingat lagi apabila teman ini menelefon rakan baiknya ini, tidak di sambut panggilannya. Kalau sibuk sekali pun jawab dan bercakaplah dengan benar. Tetapi kawan ini tetap seorang yang penyabar. Aku berharap suatu hari nanti dai akan berjumpa dengan sahabat yang benar-benar sejati, dan aku yakin juga kawan ini seorang yang sangat penyabar serta seorang yang pemaaf. Andai aku berjumpa dengan sahabat seperti ini akan aku hargai sehinggalah hembusan nafas yang terakhir.




p/s doakan sahaja untuk kawan ini semoga berubah menjadi yang lebih baik dan lebih menghargai, doakan untuk diri sendiri untuk belajar memaafkan dan dijauhkan dengan perasaan benci dan dendam. Amen...

Thursday, September 8, 2011

Study Life

Terima kasih buat member yang sanggup mengongsikannya di facebook...sama-sama kita renungkan? hehehehe


STUDY LIFE:who said KEHIDUPAN seorang PELAJAR tidak menyeronokkan?

while we go to school, to attend CLASS

C.L.A.S.S= Come Late And Sleep Silently

At home, we have to STUDY

S.T.U.D.Y= Sleep, Tv, Unlimited-sms, Dota, Youtube

In class, we're given HOMEWORK

H.O.M.E.W.O.R.K= Half Of My Energy Wasted On Random Knowledge

While doing homework, we refer to TEXTBOOK

TEXTBOOK=TEXTing + faceBOOK


p/s seronok tak jadi seorang pelajar, fikir-fikirkanlah & jangan malas nak pergi sekolah yer...

Laskar Pelangi

Lirik lagu ni aku nak kongsi khas buat semua pelajar-pelajar aku..saja untuk memberikan semangat buat mereka semua. Bagus juga untuk membakar semangat mereka sebenarnya. Yelah kekadang semangat pandai nak luntur, putus asa dan sebagainya...Semoga mereka semua dapat menghayatinya.


Mimpi adalah kunci

Untuk kita menaklukkan dunia

Berlarilah tanpa lelah

Sampai engkau meraihnya


Laskar pelangi

Takkan terikat waktu

Bebaskan mimpi mu di angkasa

Warnai bintang di jiwa


Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga

Bersyukurlah pada yang kuasa

Cinta kita di dunia

Selamanya...


Cinta kepada hidup

Memberikan senyuman abadi

Walau hidup kadang tak adil

Tapi cinta lengkapi kita


Laskar pelangi

Takkan terikat waktu

Jangan berhenti mewarnai

Jutaan mimpi di bumi


Menarilah dan terus tertawa

Walau dunia tak seindah surga

Bersyukurlah pada yang kuasa

Cinta kita di dunia

Selamanya.............


p/s kejarlah cita-cita anda semua! jangan menyerah kalah!

Wednesday, September 7, 2011

Tips Kesihatan

Entahlah mungkin dah tak lepas nak derma darah tadi disebabkan hemoglobin tinggi sangat (18.8, bagi lelaki dah tak normal), baru nak datang kesedaran nak jaga kesihatan...Yelah nak beringatkan, sesal dahulu pendapatan, kesal kemudian dah takde gunanya dah bro....


"He who has health has hope, and he who has hope has everything"...-Arabian Proverb


1. Aktif Bergerak- Kalau dah rumah tue dekat dengan sekolah ker, tempat kerja ker..jalan kaki jer lah..tak yahlah nak naik motor atau kereta, jimat lagi minyak. Rajin-rajin naik tangga, eskalator atau lif, erms lupakan seketikalah.


2. Lemak- Elakkanlah dari memakan makanan yang berminyak, tinggi lemak dan kolestrol secara berlebihan. Tak yahlah nak pergi makan KFC atau Pizza lepas nie...hahaha


3. Tak Nak Merokok- Kasihan kerajaan buat kempen, jom kita semua sokong seruan kerajaan. Tengok dekat kotak tue ada gambar yang menarik bukan?, Mendiang Logan (Alleycats) meninggal disebabkan oleh asap rokok yang dihidu.


4. Kurangkan Stress/Tekanan- Yelah nama juga manusia, takkan lari dari masalah, jadi ambik masa untuk tenangkan fikiran, stress, marah? tarik nafas dalam-dalam, hembus secara perlahan. Sabarkan separuh dari iman.


5. Jauhkan diri dari ALKOHOL-erms akan merosakkan organ dalaman contoh hati dan buah pinggang, lagipun kalau dah mabuk mana boleh bawa kereta. Takkan nak langgar tiang lampu kot..


p/s semua ini untuk peringatan semua, untuk peringatan diri sendiri juga...aduh pedas..pedas..aku sayang korang semua...