Sunday, January 30, 2011

William Shakespears


"But love is blind, and lovers
cannot see. The pretty follies those
themselves commit"

Tip Berhenti Merokok


1. Berazamlah untuk berhenti! Bagitaulah sesapa pun agar mereka boleh menjadi inspirasi kepada diri sendiri.

2. Kunyah "chewing gum without sugar" kalau gian nak merokok datang.

3. Ambillah makanan yang berkhasiat sebagai pengganti selepas sahaja menjamu selera (disyorkan buah-buahan).

4. Kurangkan pengambilan minuman yang berkafein, kerana kafein merangsang ketagihan dalam otak.

5. Sentiasa berdoakan, dimakbulkan permintaan.

p/s sekadar berkongsi pendapat..seram bila kawan aku kata telanlah banyak-banyak rokok tue, banyak juga penyakit yang datang

Saturday, January 29, 2011

Kesibukan Menjalani Praktikum



Akhirnya sekali lagi sesawang ini akan bersarang terlalu lama.Ditinggalkan sepi tanpa khabar. Aku mengambil kesempatan ini untuk mencoretkan rasa yang terpendam sepanjang menjalani praktikum, aku sedar rakan-rakan seperjuangan ku juga merasai apa yang aku rasa. Sangat susah untuk digambarkan dengan kata-kata. Apa-apa pun aku doakan kita semua selamat menjalani praktikum dengan baik. Jangan berputus asa, kuatkan semangat pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin

p/s huhuhu tertunggang langgang aku buat rph, bbm, dan belajar bahasa isyarat argh!

Tuesday, January 11, 2011

Apakah itu Stress?




Stress diertikan sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin akan mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, kemurungan dan penyakit jantung koronari. Stress berlaku apabila tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran daya tindak seseorang. Stress juga adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang busuk atau kata-kata kesat. Mari kita fikirkan bersama...

p/s tapi bila elaun tak masuk aku antara pelajar yang stress..hahahaha

Kehidupan Sebagai Seorang Pelajar Kembali


Kalau kita ingin becerita tentang zaman persekolahan, macam-macam cerita yang kita boleh dengar. Bagi aku, zaman persekolahan adalah zaman yang menyeronokkan, kata seorang pensyarahku andai boleh ku undurkan masa, aku tidak akan mempersiakan zaman persekolahan. Sangat seronok ketika itu. Aku adalah antara pelajar yang sangat bersemangat pada ketika itu (terutama sekali ketika di SMK Gunsanad Keningau, Sabah) . Pelbagai aktiviti, pelbagai cerita, pelbagai perbualan yang akhirnya akan mengundang gelak ketawa. Rindu akan saat-saat tersebut. Namun hari ini, aku yakin kawan-kawanku sudah sibuk dengan kehidupan mereka masing-masing. Mungkin jika diberikan waktu, dipanjangkan umur kita pasti bersua kembali. Kini sudah hampir 6 bulan aku bergelar sebagai seorang pelajar kembali, namun situasi sudah berubah. Namun aku punya kawan-kawan yang baru dari seluruh Malaysia dan aku wakil tunggal pelajar Sabah didalam kelas tersebut. Apakah perasaan ku?

p/s kengkawan sekelas ahmad mustakimi, azhan, ezatul aini, hidayathul, izzuardi, suhaimy, zahimurhakim, tarmizi, noraini, norazlinda, norhafisah, marini, siti rodziah.

Monday, January 10, 2011

Kata-Kata Seorang Pensyarah


Mungkin ramai yang belum mengetahui..kehidupanku kini bermula semula menjadi seorang pelajar. Namun aku yakin, kita semua masih dalam proses belajar sepanjang kehidupan kita. 2 perkara yang aku ingat sepanjang pagi tadi.

1. Semakin pesat pembangunan semakin tinggi pula kadar keruntuhan akhlak (mungkin ada betulnya, dek kerana mengejar kebendaan kita lupa akan satu lagi aspek~ kerohanian)

2. Dalam hidup kita, kita perlu untuk kecewa beberapa kali..(terus berlegar dalam kotak pemikiran)

p/s apa pula kata anda?

Beraksi Semula

Erms..entah kenapa hati ini terdetik untuk menaip semula dalam sebuah blog. Mungkin sebab terbaca akan sebuah blog kepunyaan seorang pensyarah..atau juga mungkin kerana cabaran hidup yang perlu untuk aku kongsikan bersama agar menjadi tauladan buat semua...aku berharap blog ini tidak akan tertinggal dengan begitu sepi seperti sebelum ini.