

Jadikan Dirimu Bagai Pohon Yang Rendang Di Mana Insan Dapat berteduh. Jangan Seperti Pohon Yang Kering Tempat Sang Pungguk Melepas Rindu Dan Hanya Layak Dibuat Kayu Api



Wah, kalau kita tengok sahaja tajuk..mungkin macam-macam yang sudah bermain dalam minda kita. Sejauh mana pendapat anda mengenai cinta monyet ini? Persoalan yang mengundang beribu-ribu jawapan. Hasil dari penyelidikan aku sendiri selama 4 tahun, (wah lama juga aku buat kajian tidak formal ni). hasil perbualan dengan orang-orang sekeliling aku, majoriti mengatakan remaja sekarang (lebih mefokuskan kepada pelajar sekolah menengah) TIDAK wajar untuk bercinta. Kenapa? Jawapan mereka begini :Menghabiskan duit ibubapa jer. Kenapa? Nak berSMS pun masih minta duit mak bapak nak beli reload, nak gi dating kat restoran pun duit mak bapak. Jangan membazir dik, hargailah duit ibubapa dengan sebaiknya. Nak cari duit kena keja dik! Tak kesian mak ayah pagi petang keja ker???
Yang ini ganas sikit, boleh ker kawan aku jawab, "apsal diorang dah ada harta, ada rumah, ada keta dah ker? awat nak bercinta lulus SPM pun dok lagi" Fikir balik betul juga apa dia cakap tue, makan pun masih ibubapa tanggung.
Cinta monyet ini membawa kepada sesuatu yang negatif, contohnya mengandung anak luar nikah. Bertambahlah populasi pusat serenti, pusat pemulihan akhlak dan sebagainya. Kira perkataan senang maksiatlah.
Yang terakhir, kerana cinta monyet, persahabatan dengan sahabat menjadi semakin renggang. Pun betul juga cinta monyet takkan ke mana pun, tetapi persahabatan pasti akan berkekalan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Jadi hargailah sahabat anda selagi dia masih di sisi anda.
p/s Erms anda pula bagaimana?? Mungkin zaman nenek moyang bolehlah kata YA! Tepuk dada tanya selera wahai orang yang baru setahun jagung.
p/s sekadar renungan saja pun, lepas nie nak post gambar-gambar best buddy..kikihkihkih




